Bukit Tuku Secara Ringkas

Buku Tuku sebuah perkampungan kecil dan terpencil dalam Jajahan Pasir Mas, Kelantan. Boleh dihubungi melalui jalanraya persekutuan dari Tumpat ke Tanah Merah. Disempadani dengan Jajahan Tanah Merah oleh Sungai Jegor di Barat, Timor disempedani dengan Jalan Keretapi Pasir Mas – Tanah Merah.

Walaupun sebagai sebuah perkampungan kecil itu, ianya telah di gunakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya sebagai sebuah nama Dewan Undangan Negeri menggantikan nama Lemal sebelum ini yang kini dimenangi oleh Mohd Zain Ismail dari Barisan Nasional ( BN/ Umno).

Penduduk terdiri 95% Melayu dan selebihnya Siam dan China.

Pendidikan sebelum merdeka ialah melalui pendidikan pondok, iaitu Pondok Lati yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdullah Lati dan Pondok Lubok Tapah yang diasaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman.

Bukit Tuku tidak asing lagi dengan masyarakat kerana ianya berlakunya dua peristiwa besar yang menyebabkan nama Bukit Tuku menjadi ingatan rakyat Malaysia. Perintiwa tersebut ialah dalam tahun 1970an, iaitu kemalangan bas dan keretapi yang menyayat hati meragut puluhan nyawa pelajar sekolah sekitar Pasir Mas.

DUN Bukit Tuku yang sebelum ini sebagai DUN Lemal pernah dimenangi oleh PAS melalui Haji Abdul Fatah Haron dalam pilihanraya umum 1982 mengalahkan Noor Mohamad bin Mohd Noor dari BERJASA.

Peristiwa kedua ialah pilihanraya kecil DUN Bukit Tuku 1987 akibat kematian YB Zakaria Botok dari BN. Zakaria Botok memenangani pilihanraya Umum 1986 mengalahkan Abdul Fatah Haji Haron dari PAS hanya beberapa bulan sahaja setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Lubok Jong.

Pertandingan pilihanraya kecil ini telah mengundang semua pemerhati politik seluruh Tanahair di Bukit Tuku sehingga ada yang mendapat menantu dan mendapat isteri di Bukit Tuku dan sekarang ini mereka suami isteri menetap di Tanjong Karang, Selangor.

Pilihanraya kecil adalah pertandingan tiga penjuru antara Haji Abdul Fatah Harun dari PAS menentang Mohd Zain Ismail (BN) dan Noor Mohammad bin Mohd Noor (BEBAS). Seingat saya, Mohd Zain Bin Ismail dari BN telah memenangi pilihanraya kecil tersebut dengan majoriti 114 undi.
Dalam pilihanraya tersebut, penulis telah diberi amanah sebagai Pengarah Poster, Jentera Pilihanraya Kecil PAS bagi DUN Bukit Tuku.

Dalam satu perinstiwa yang penulis boleh dilupai, Husam (sekarang Dato’) dan kawan-kawannya sewaktu itu sebagai pemimpin pelajar telah ditangkap dan dilokap akibat daripada menyampaikan ceramah Mahasiswa Menggugat di Bukit Tuku.

Melalui pilihanraya kecil ini, jentera pilihanrayanya telah terlatih sehingga saki baki daripada jentera pilihanraya inilah akan menjadi penggerak utama Merampas Bukit Tuku yang kini dimenangi oleh BN pada pilihanraya 2004 lalu.

Leave a comment »

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Comments (1) »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.